Guardiola persiap pasukan berdepan United. FOTO REUTERS
Guardiola persiap pasukan berdepan United. FOTO REUTERS
AFP

BOS Manchester City Pep Guardiola menjangkakan perlawanan ulangan apabila berdepan Manchester United pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga, awal pagi Rabu ini.

United mempamerkan salah satu aksi corak serangan balas menarik ketika menewaskan skuad Guardiola 2-1 pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Etihad, bulan lalu.

Mereka sekali bertemu pada pertarungan empat terakhir di Old Trafford, minggu ini dengan bos City terbabit Guardiola menjangkakan dia tahu apa perlu dilakukan untuk perlawanan itu.

“Ia akan menjadi perlawanan yang agak sama,” kata Guardiola.

“Sudah tentu perlawanan di Old Trafford agak berbeza berbanding di tempat sendiri tetapi mereka adalah pasukan yang dibentuk untuk berlari.

“Apabila mereka berlari, mereka salah satu pasukan terbaik bukan hanya di England kerana saya boleh mengatakan kepantasan yang mereka miliki menerusi pemain seperti Daniel James, (Mason) Greenwood, (Anthony) Martial, (Marcus) Rashford and (Jesse) Lingard.

“Saya mempunyai naluri mengatakan mereka akan berlari, satu, dua atau tiga kali atau sebanyak mungkin. Kami perlu mengurangkan kesilapan untuk perlawanan itu.

Kami perlu bersedia tetapi kami perlu melakukan aksi terbaik pada permainan kami.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 January 2020 @ 7:42 PM