ELENA atasi cabaran pemain China. FOTO Agensi
ELENA atasi cabaran pemain China. FOTO Agensi
Reuters

BINTANG meningkat naik Kazakhstan, Elena Rybakina menewaskan pemain lebih berpengalaman dari China, Zhang Shuai 7-6(7), 6-3 pada final Antarabangsa Hobart sekali gus kejuaraan WTA keduanya, hari ini.

Elena beraksi pada final kedua dalam masa seminggu namun tewas di Terbuka Shenzhen tidak melakukan kesilapan kali ini untuk merangkul trofi Hobart selepas gelaran Terbuka Bucharest yang dimenangi pada Julai lalu.

Zhang, 30, tidak memberi laluan mudah dan meraih mata akhir pada tiebreak ketika set pertama tetapi gagal mengekalkan momentum selepas ‘game’ keenam di set kedua.

Elena yang tangkas menggunakan ‘forehand’ tidak menunjukkan sebarang kesan akibat kecederaan punggung dialami pada separuh akhir menang empat ‘game’ berturut-turut untuk mengesahkan kemenangan dalam tempoh 93 minit.

Kemenangan itu bakal melonjakkan Elena dalam kelompok 30 teratas dunia buat pertama kali minggu depan. Dia yang juga pilihan ke-27 di Terbuka Australia bakal berdepan pemain Amerika Syarikat, Bernarda Pera pada aksi pembukaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 January 2020 @ 2:42 PM