Alif bersama piala kemenangan. FOTO ZAID SALIM
Alif bersama piala kemenangan. FOTO ZAID SALIM
Zaid Salim


ATLET pelayaran SUKMA Terengganu, Alif Safares Azmi, 19, muncul sebagai pelayar terbaik pada Kejohanan KFC-Terengganu Monsoon Challenge (KFC-TMC) Sailing GP 2019 sekaligus mengekalkan 'gelaran' dimiliki tahun lalu.

Alif Safares yang bernaung di bawah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) mengakui perlu bekerja keras bagi mengekalkan kejuaraan dimilikinya apabila menerima cabaran sengit daripada pelayar Singapura.

"Saya hampir tertinggal apabila bot tersasar kerana angin kuat dan terpaksa berhempas pulas mengawal bot sebelum mengungguli tempat pertama bagi dua kategori Int 420 dan Marathon yang dipertandingkan dalam acara Cabaran Monsoon Individu (Single Fleet Race)", katanya.

Alif ditemui pada majlis penyampaian hadiah oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Hishamuddin Abd Karim di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, Kuala Terengganu, semalam.

Menjadikan pelayar negara, Khairul Nizam Afendi dan Atllet Pelayaran Olimpik, Ben Ainslie dari United Kingdom sebagai idola, anak kelahiran Pulau Ketam itu berazam bergelar atlet pelayaran negara suatu hari nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Disember 2019 @ 2:54 PM