Verbeek kendali Australia ke Piala Dunia 2010. FOTO REUTERS
Verbeek kendali Australia ke Piala Dunia 2010. FOTO REUTERS
AFP

JURULATIH yang membawa Australia ke Piala Dunia 2010, Pim Verbeek, meninggal dunia pada usia 63 akibat kanser, lapor media Belanda, hari ini.

Verbeek menghabiskan karier profesionalnya beraksi bersama Sparta Rotterdam sebelum bersara pada usia 25 pernah mengendalikan skuad kebangsaan Korea Selatan dan Oman.

Dia juga adalah bekas pembantu jurulatih Korea pada 2002 ketika mereka mara ke separuh akhir Piala Dunia dan beraksi pada Piala Dunia 2006.

Verbeek mengambil alih tugasan jurulatih Australia pada 2007 beberapa minggu sebelum kelayakan Piala Dunia bermula biarpun Dick Advocaat sudah menandatangani kontrak untuk membimbing Socceroos tetapi kemudian memilih untuk menyertai Zenit St Petersburg.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 November 2019 @ 11:59 PM