ADVOCAAT berdepan misi baru membawa Iraq ke Piala Dunia 2022. FOTO AFP
ADVOCAAT berdepan misi baru membawa Iraq ke Piala Dunia 2022. FOTO AFP
AFP

The Hague: Jurulatih veteran Belanda, Dick Advocaat mengambil tugas untuk membimbing Iraq mara ke Piala Dunia 2022.

Persekutuan Bolasepak Iraq berkata, pengendali berusia 73 tahun itu menggantikan Streshko Katanic dan dipilih berdasarkan rekod bersama kelab mahupun pasukan kebangsaan.

Advocaat pernah membimbing Belanda, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Belgium, Russia dan Serbia.

Di peringkat kelab, beliau pernah memimbing PSV Eindhoven, Borussia Moenchengladbach dan Zenit Saint-Petersburg yang meraih kejuaraan Piala UEFA pada 2008.

Kontrak berkenaan dimeterai selepas perbincangan di Madrid dan pengendali baru itu akan memulakan tugas dalam masa terdekat.

Tiada sebarang maklumat terperinci mengenai nilai dan tempoh kontrak berkenaan.

"Pengendali baru ini tahu tujuan dan rancangan kami yang bermula dengan kelayakan untuk ke Piala Dunia di Qatar," kata ketua eksekutif sementara badan induk berkenaan, Iyad Beniane.

Tugas terkini Advocaat adalah menjadi jurulatih jurulatih Feyenoord.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Ogos 2021 @ 9:16 AM