BENATIA (kiri) jaring gol kemenangan Juventus.
BENATIA (kiri) jaring gol kemenangan Juventus.
AFP

Milan: Juara bertahan, Juventus mengekori rapat pendahulu Serie A, Napoli selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas seteru utama, AS Roma sementara Inter Milan mengalami kekalahan kali kedua berturut-turut.

Medhi Benatia menjaringkan gol tunggal ketika bertemu bekas kelabnya itu selepas 18 minit berlangsungnya permainan di Turki.

Juventus kekal ketinggalan satu mata di belakang Napoli yang meraih 45 mata daripada 18 perlawanan dengan Inter Milan ketinggalan lima mata di tangga ketiga, tewas 0-1 kepada Sassuolo manakala Roma, keempat.

Anak buah Eusebio Di Francesco gagal mencari gol penyamaan di sebalik memperoleh peluang itu pada masa kecederaan tetapi cubaan Patrik Schick terkena palang gol.

Juventus juga mempunyai peluang untuk menambah jaringan dengan Gonzalo Higuain mensia-siakan peluang dan cubaan Mirlem Pjanic pada masa kecederaan berjaya dinafikan penjaga gol Roma, Alisson.

“Kami sepatutnya mampu beraksi lebih baik. Apabila bertemu pasukan seperti Juventus, anda tidak boleh melakukan kesalahan,” kata Di Francesco dengan Roma yang kurang satu perlawanan, ketinggalan tujuh mata di belakang Napoli yang mendahului liga.

Bagi jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri, pasukan lain juga masih berpeluang untuk merangkul kejuaraan liga.

“Roma dan Napoli adalah calon untuk memenangi kejuaraan liga. Begitu juga Inter dan Lazio,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Disember 2017 @ 1:41 AM