DI Francesco mengendalikan Sampdoria hanya empat bulan. — FOTO Twitter Sampdoria
DI Francesco mengendalikan Sampdoria hanya empat bulan. — FOTO Twitter Sampdoria
Reuters

EUSEBIO Di Francesco muncul pengendali pertama Serie A dibuang musim ini selepas beliau berpisah dengan Sampdoria awal pagi tadi susulan enam kekalahan dalam tujuh aksi pertama.

“Presiden Massimo Ferrero dan Sampdoria mengumumkan mereka bersetuju secara muafakat bersama Eusebio Di Francesco dan staf teknikal untuk menamatkan hubungan profesional mereka,” menurut satu kenyataan kelab.

Warga Itali, Di Francesco, yang dipecat oleh AS Roma Mac lalu, dilantik oleh Sampdoria pada Jun namun berakhir kurang empat bulan memegang peranan itu.

Pemecatannya disahkan dua hari selepas kekalahan 0-2 di Hellas Verona Sabtu lalu, yang mana pasukannya menghuni tangga tercorot dengan tiga mata.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Oktober 2019 @ 7:36 AM