Pemain West Ham tidak percaya mereka dibelasah City. FOTO REUTERS
Pemain West Ham tidak percaya mereka dibelasah City. FOTO REUTERS
AFP

RAHEEM Sterling berkata ia satu ‘keseronokan’ dapat menjaringkan gol Manchester City selepas meraih hatrik dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika mencatat kemenangan 5-0 mengatasi West Ham di Stadium London, malam ini.

Penyerang Brazil, Gabriel Jesus membuka jaringan pada pertengahan babak pertama sebelum Sterling menyumbat tiga gol pada separuh masa kedua ketika juara bertahan itu memulakan saingan mempertahankan gelaran liga dengan cara menyakinkan.

Sergio Aguero membuka akaun jaringan musim ini menerusi sepakan penalti pada penghujung babak perlawanan.

“Perkara paling penting adalah bermula dengan baik dan mendapatkan kemenangan. Sebaik gol kedua masuk, saya menjangkakan kami bermain dengan baik,” kata Sterling kepada BT Sport.

“Ia sukar pada separuh masa pertama. Sesetengah sentuhan kami kurang kemas tetapi sebaik mendapat rentak hantaran menjadi dan kami mendapat lebih banyak peluang.

“Dalam kalangan pemain kami terdapat persaingan dalam latihan setiap hari. Ia satu keseronokan dapat meletakkan bola di belakang jaring.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Ogos 2019 @ 10:45 PM