FODEN (kanan) turut menyumbang gol buat City ketika mereka mengalahkan Liverpool 4-1 awal pagi tadi. FOTO EPA
FODEN (kanan) turut menyumbang gol buat City ketika mereka mengalahkan Liverpool 4-1 awal pagi tadi. FOTO EPA
AFP

Liverpool: Manchester City menamatkan penantian 18 tahun untuk mengalahkan Liverpool di Anfield dengan bergaya apabila menang 4-1 sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ilkay Gundogan menjaringkan dua gol dan gagal menyempurnakan sepakan penalti tatkala pasukan bimbingan Pep Guardiola itu menjarakkan kedudukan lima mata dengan Manchester United.

Kekalahan kali ketiga berturut-turut Liverpool di laman sendiri menyaksikan mereka kurang 10 mata dengan pendahulu liga dan berada di tempat keempat.

Raheem Sterling dan Phil Foden turut mencetak nama sebagai penjaring gol, manakala penjaga gol, Alisson Becker menjadi punca tiga gol yang dilepaskan Liverpool.

Sementara itu, Chelsea meneruskan rentak cemerlang di bawah kendalian Thomas Tuchel apabila The Blues hanya dipisahkan satu mata dengan kelompok empat terbaik liga apabila mengalahkan pasukan tercorot, Sheffield United 2-1.

Mason Mount membuka jaringan pada separuh masa pertama sebelum ia dinafikan dengan gol sendiri Antonio Rudiger.

Bagaimanapun, sepakan penalti Jorginho membolehkan mereka mencatat kemenangan kali ketiga berturut-turut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2021 @ 8:03 AM