STERLING (dua dari kiri) menjaringkan gol keempat Manchester City melepasi penjaga gol Alex McCarthy di Stadium Etihad. - FOTO Reuters
STERLING (dua dari kiri) menjaringkan gol keempat Manchester City melepasi penjaga gol Alex McCarthy di Stadium Etihad. - FOTO Reuters
Agensi

MANCHESTER, England: Manchester City mudah membenam Southampton 6-1 untuk kembali ke persada Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

City hanya memerlukan enam minit untuk membuka jaringan apabila Wesley Hoedt meledak ke gawang sendiri dalam usaha menyelamatkan hantaran lintang Leroy Sane.

Sergio Aguero menggandakan jaringan apabila mudah menampan hantaran Raheem Sterling selepas itu.

David Silva meledak jaringan ketiga hasil hantaran Sane pada minit ke-18 namun Danny Ings kembali merapatkan jaringan menerusi penalti selepas Ederson menjatuhkannya.

Sterling kemudian menjaringkan gol dalam kedua-dua babak untuk melengkapkan persembahan individu terbaiknya.

Sane menambah jaringan keenam pada lewat permainan seterusnya mencipta kemenangan bergaya buat skuad kendalian Pep Guardiola. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 November 2018 @ 1:12 AM