Neymar akan kembali ke Sepanyol. FOTO REUTERS
Neymar akan kembali ke Sepanyol. FOTO REUTERS
AFP

PARIS Saint-Germain mendedahkan Neymar semakin hampir meninggalkan kelab itu selepas pemain Brazil itu digugurkan daripada skuad juara Perancis itu berdepan Nimes pada aksi pembukaan Ligue 1.

Pengarah Sukan, Leonardo memberitahu media perbincangan perpindahan pemain terbabit sudah dilakukan ‘lebih awal daripada dirancang’ tetapi PSG masih belum bersedia untuk memberi kelulusan mengenainya.

Real Madrid atau kembali semula ke Barcelona adalah dua destinasi kemungkinan pemain bolasepak termahal dunia itu.

PSG akan menanti kunjungan Nimes esok (Ahad).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Ogos 2019 @ 8:59 PM