SALIBA gembira ketika menandatangani kontrak di Emirates. — FOTO arsenal.com
SALIBA gembira ketika menandatangani kontrak di Emirates. — FOTO arsenal.com
Reuters

ARSENAL melengkapkan pembelian pertahanan tengah Perancis, William Saliba dari St Etienne dengan kontrak jangka panjang, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu awal pagi tadi.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Saliba akan kembali ke kelab Ligue 1 itu secara pinjaman musim depan sebelum menuju ke Stadium Emirates pada 2020.

Tiada butiran kewangan didedahkan namun media Britain melaporkan bayaran buat pemain berusia 18 tahun itu kira-kira £27 juta (RM138 juta) yang dibayar secara ansuran.

“Kami gembira William menyertai kami,” kata pengurus Arsenal, Unai Emery dalam satu kenyataan. “Banyak pasukan mahukannya, tapi dia memutuskan untuk menyertai kami dan menjadi sebahagian daripada pasukan masa depan.

SALIBA beraksi secara pinjaman di St Etienne musim depan. — FOTO Agensi
SALIBA beraksi secara pinjaman di St Etienne musim depan. — FOTO Agensi

“Dia akan kekal di Perancis musim depan bagi menimba lebih banyak pengalaman dan kami tidak sabar menantinya untuk menyertai pasukan.”

Saliba, yang menandatangani kontrak pertamanya pada usia 17 tahun, melakukan penampilan profesional sulung bersama St Etienne menentang Toulouse September lalu dan mengakhiri kempen dengan 14 aksi liga.

“Bagi saya, ini kelab terbesar di England, jadi tidak susah untuk membuat keputusan,” kata Saliba.

“Saya tidak memikirkan berkali-kali untuk menandatangani kontraik di sini, jadi saya amat gembira.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Julai 2019 @ 11:15 AM