AKSI  Maria  ketika menentang Pauline di London. - FOTO Agensi
AKSI Maria ketika menentang Pauline di London. - FOTO Agensi
Reuters

SELEPAS beberapa pemain pilihan tersingkir, dua bekas juara Maria Sharapova dan Garbine Muguruza turut mengalami nasib sama di Wimbeldon namun juara dua kali Petra Kvitova memastikan kemaraan ke peringkat seterusnya.

Maria yang muncul juara pada 2004 ketinggalan 4-6, 7-6(4), 5-0 kepada Pauline Parmentier dari Perancis sebelum menarik diri akibat kecederaan.

Bekas pemain nombor satu dunia berusia 32 tahun dari Rusia itu kini menduduki ranking ke-80 dunia dan hanya kembali beraksi bulan lalu selepas pulih kecederaan bahu namun kini mengalami kecederaan lengan.

"Saya mempunyai sejarah masalah tendon di lengan kiri dan mula terasa sakit pada set pertama,” katanya kepada wartawan.

"Ia tidak mudah. Saya berusaha kembali beraksi tetapi bukan ini yang saya mahu.”

Kekalahan di pusingan pertama itu yang kedua berturut-turut di Wimbledon buat Maria.

Sementara itu pemain Sepanyol, Garbine yang muncul juara Wimbledon dua tahun lalu dikejutkan pemain kelayakan dari Brazil, Beatriz Haddad Maia 6-4, 6-4.

Petra pula yang tidak beraksi sejak Mei lalu akibat kecederaan lengan mara ke pusingan kedua menewaskan pemain Tunisia, Ons Jabeur 6-4, 6-2.

Pilihan keenam Petra yang menjuarai kejohanan pada 2011 dan 2014 akan menentang pemain Perancis, Kristina Mladenovic pada pusingan kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2019 @ 8:32 AM