PETRA berada pada landasan terbaik untuk beraksi di Wimbledon minggu depan. FOTO AFP
PETRA berada pada landasan terbaik untuk beraksi di Wimbledon minggu depan. FOTO AFP
AFP

Eastbourne: Petra Kvitova akan berdepan bekas juara Grand Slam, Jelena Ostapenko di final dalam aksi terakhir pemanas badan Wimbledon di Eastbourne.

Petra yang juga juara dua kali Wimbledon cuba untuk mempersiapkan diri bagi mengulangi kejayaan yang dicatatkan di All England Club pada 2011 dan 2014.

Pemain Republik Czech berusia 32 tahun itu tidak berada pada tahap terbaik sejak kebelakangan ini namun dia mengekalkan kepakaran beraksi di permukaan rumput selepas mencatat kemenangan 7-6 (7/5), 6-4 ke atas Beatriz Haddad Maia di separuh akhir.

Dia yang berkedudukan nombor 31 dunia menamatkan rekod kemenangan pemain Brazil itu untuk kembali ke final di Devonshire Park buat kali pertama sejak muncul naib juara 11 tahun lalu.

Dia membalas dendam ke atas Beatriz yang menumpaskannya di Birmingham minggu lalu.

Beatriz, yang mencatat sejarah di gelanggang rumput musim ini termasuk meraih kejuaraan di Nottingham dan Birmingham, tumpas buat kali pertama selepas 13 perlawanan.

Petra, yang kalah kepada Mario Bartoli pada final 2011 di Eastbourne, akan berdepan bekas juara Terbuka Perancis, Jelena hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Jun 2022 @ 2:37 PM