London: Seorang penjaga gol di Liga Ireland Utara (NIFL) diperintah keluar padang selepas memukul salah seorang pemainnya sendiri.
Aaron McCarey, yang beraksi bersama Glentoran, dilayangkan kad merah pada 10 minit terakhir ketika mereka mencatat keputusan seri 2-2 menentang Coleraine.
Dia ternyata berang selepas Coleraine berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80 sebelum meluru ke arah Bobby Burn yang membiarkan pihak lawan merampas dan melakukan gerakan menghasilkan jaringan.
BIG TALKING POINT @Glentoran goalkeeper Aaron McCarey sees red for lashing out at team-mate Bobby Burns during their side's 2-2 draw with Coleraine at the Oval.
Report & reaction https://t.co/DDQkyaJAGB#bbcfootball #BBCIrishPrem pic.twitter.com/mRIhCw86wP— BBC SPORT NI (@BBCSPORTNI) October 16, 2021
McCarey dilihat memukul Burns di bahagian muka sebelum mencekak jersi pemain itu yang sedang terbaring.
"Aaron meminta maaf di atas tindakannya itu ketika di bilik persalinan dan berkata ia tidak sepatutnya berlaku," kata jurulatih Glentoran, Mick McDermott.