Agensi

GARY Neville diejek oleh penyokong Manchester City ketika dia dalam perjalanan menuju ke Stadium Amex, Brighton, Sussex, semalam.

Bukan itu saja, tin minuman turut berdesup dibaling terhadap bekas pemain pertahanan Manchester United itu.

Neville, 44, berada di padang Brighton untuk membuat liputan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akhirnya menyaksikan City muncul juara EPL mengatasi Brighton 4-1.

Dia kini menjadi pengulas sukan, tiba awal dan terpaksa melalui sekumpulan penyokong City yang berada di luar stadium.

Sebaik ternampak dan mengenali bekas kapten musuh ketat jiran sebandar mereka, penyokong City mengerumuninya sebelum tiba-tiba dua tin minuman keras terbang melayang.

Dia dapat mengelak satu balingan tetapi satu lagi mengenai bahunya.

Penyokong terbabit menjerit kepadanya: ‘Neville boleh belah!’.

Insiden itu dirakam menerusi telefon bimbit seorang penyokong City yang menulis keterangan kepada video 'red c***' bersama dua emoji ketawa.

Selepas balingan kedua itu, beberapa penyokong City yang lain masuk campur menghalang penderaan dilakukan terhadap bekas pemain antarabangsa England itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mei 2019 @ 6:06 PM
Nevilla dibaling dan diejek oleh penyokong City. FOTO REUTERS
Nevilla dibaling dan diejek oleh penyokong City. FOTO REUTERS