REAKSI kecewa Mohamed Salah selepas tamat perlawanan. FOTO Reuters
REAKSI kecewa Mohamed Salah selepas tamat perlawanan. FOTO Reuters
Agensi

London: Michael Owen percaya sudah tiba masanya untuk Liverpool melakukan 'pencarian jiwa' berikutan kekalahan mereka kepada Brighton.

Skuad kendalian Roberto De Zerbi mempamerkan aksi cemerlang pada separuh masa kedua untuk membelasah Liverpool 3-0 di Amex, semalam.

Kemenangan itu meletakkan Brighton di atas The Reds dalam carta Liga Perdana Inggeris.

Dua gol sumbangan Solly March dan gol lewat Danny Welbeck sudah memadai untuk Seagulls meraih kemenangan.

Kekalahan itu menyaksikan harapan Liverpool untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas semakin sukar.

"Liverpool perlu melakukan 'pencarian jiwa' pada masa ini. Mencari cara untuk bangkit kembali kepada apa yang kita semua tahu mereka mampu lakukan.

"Kita sudah melihatnya musim ini. Mereka menewaskan Manchester City 1-0 serta Bournemouth 9-0. Mereka juga beraksi dengan baik dalam saingan Liga Juara-Juara.

"Tetapi kami juga dapat melihat pasukan tidak konsisten dan beraksi lebih buruk daripada yang sepatutnya," kata bekas penyerang The Reds itu kepada Premier League Productions selepas tamat perlawanan.

Jurgen Klopp turut mengakui kekalahan itu adalah antara paling teruk sepanjang karier pengurusannya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 January 2023 @ 10:53 PM