Brooke bersama trofi Kejohanan LOTTE yang dimenangi di Kapolei, Hawaii, pagi ini. FOTO AFP.
Brooke bersama trofi Kejohanan LOTTE yang dimenangi di Kapolei, Hawaii, pagi ini. FOTO AFP.
BBC News

BROOKE Henderson mencatat sejarah antara pemain golf dari Kanada yang mencipta rekod kemenangan paling banyak dalam jelajah LPGA atau PGA tatkala memenangi gelaran di Kejohanan LOTTE di Kapolei, Hawaii, hari ini.

Brooke, 21, mencatat dua di bawah par 70 dan melengkapkan keseluruhan 16 di bawah par melebihi empat pukulan berbanding bintang Korea Selatan, Ji Eun-hee.

Kejayaan kelapan pemain wanita itu dalam Jelajah LPGA turut menyamai rekod legenda golf Kanada, Sandra Post, selain Mike Weir dan George Knudson masing-masing memenangi lapan kejuaraan Jelajah PGA.

“Ia sangat hebat untuk menyamai rekod sama seperti Sandra (Post), dan pencapaian seperti Mike Weir juga,” kata Brooke.

“Ia amat sukar difahami sejak beberapa tahun ini. Begitupun, saya sangat gembira.”

Brooke memenangi kejuaraan jelajah LPGA pertama pada 2015 di Portland Classic sebagai pemain daripada kelompok kelayakan, sementara kejayaan berikutnya 2016 di Kejohanan PGA wanita.

Dia mara ke pusingan final berdepan tentangan sengit Nelly Korda namun pemain Amerika itu melakukan pukulan lima di bawah par 77 dalam pusingan akhir untuk berakhir di tempat ke lapan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2019 @ 7:24 PM