MENTERI Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal (tengah) melepaskan pelumba basikal Tour De Iskandar Johor pada Majlis Peringkat Pertama di Dataran Mahkota Iskandar Puteri. FOTO/MOHD AZREN JAMALUDIN.
MENTERI Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal (tengah) melepaskan pelumba basikal Tour De Iskandar Johor pada Majlis Peringkat Pertama di Dataran Mahkota Iskandar Puteri. FOTO/MOHD AZREN JAMALUDIN.
Ferzalfie Fauzi


PERLUMBAAN peringkat pertama Tour de Iskandar Johor (TdIJ) dari Iskandar Puteri ke Batu Pahat bakal menyaksikan saingan sengit pakar pecut yang dipertaruhkan setiap pasukan bertanding.

Selepas upacara pelepasan dilakukan Menteri Besar, Sahruddin Jamal sebentar tadi, maka bermulalah saingan peringkat pertama yang laluannya hampir 90 peratus landai dan hanya menawarkan satu zon pendakian berstatus CAT 4 di penghujung saingan.

Tumpuan bakal terarah kepada pakar pecut seperti, Akmal Hakim Zakaria (Team Sapura Cycling), Shahrul Mat Amin, Irwandie Lakasek (Terengganu Inc TSG Cycling Team), Jin Okubo (Kinan Cycling Team), Yusuke Hatanaka, Kosuke Takeyama (Team Ukyo), Andre Looij dan Tim Ariesen (Taiyuan Moigee Cycling Team).

Selain cuba untuk menyapu bersih mata di tiga zon pecutan, iaitu di Pontian, Rengit dan Senggarang, kesemua pelumba berkenaan mampu untuk menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat di Dataran Penggaram, Batu Pahat.

Ini bermakna juara perlumbaan peringkat pertama sejauh 122.9 kilometer mampu untuk merangkul dua jersi, iaitu biru (keseluruhan) dan putih selaku Raja Pecut.

Peringkat pertama TdIJ ini dijangka berakhir pada jam 3.23 petang ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2019 @ 2:00 PM