DYBALL (tengah) memeriahkan TdIJ. FOTO/NSTP
DYBALL (tengah) memeriahkan TdIJ. FOTO/NSTP
Ferzalfie Fauzi


PEMENANG jersi kuning Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019, Benjamin Dyball bakal menghangatkan lagi perlumbaan edisi sulung Tour de Iskandar Johor (TdIJ) yang akan bermula esok apabila mengesahkan penyertaannya pada saat akhir.

Dyball yang mewakili pasukan Sapura Cycling Team (TSC) bersedia untuk menyerlah di perlumbaan kategori 2.2 itu walaupun hanya berehat beberapa hari selepas LTdL berakhir Sabtu lalu.

“Saya sedikit penat tapi sudah bersedia untuk memulakan perlumbaan esok,” katanya ketika ditemui Arena Metro di Hotel Trove penginapan rasmi pelumba di sini hari ini.

Minggu lalu Dyball kelahiran Australia, berjaya meraih jersi kuning selepas menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat di peringkat keempat yang berakhir di Genting Highlands.

Perlumbaan edisi pertama TdIJ ini akan bermula esok bermula dari Johor Bahru ke Batu Pahat sejauh 122.9 kilometer.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2019 @ 1:06 PM