AKSI Belinda Bencic dari Switzerland pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Dubai. FOTO EPA.
AKSI Belinda Bencic dari Switzerland pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Dubai. FOTO EPA.
AFP

BELINDA Bencic mempamerkan satu lagi kebangkitan pada lewat permainan untuk menewaskan pemain pilihan ke-10 seterusnya mara ke final Kejohanan Tenis Terbuka Dubai bertemu Petra Kvitova.

Pemain Switzerland rangking ke-45, pernah menduduki rangking ketujuh sebelum mengalami kecederaan belakang dan pergelangan tangan, bangkit dari ketinggalan 5-3 dalam set final untuk mencatatkan kemenangan dalam 12 perlawanan di Dubai dengan menewaskan juara dua kali, Elina Svitolina 6-2, 3-6, 7-6 (7/3).

Bencic tewas kepada Kvitova di pusingan ketiga Terbuka Australian pada Januari - kekalahan ketiga dalam tiga pertembungan dengan pemain Czech itu- namun berkata dia sangat menghormati lawannya.

“Saya memberi sokongan kepadanya selepas saya kalah, dia memang layak,” kata Bencic mengenai lawan final itu.

Ia sememangnya minggu yang luar biasa buat Bencic yang menewaskan pemain nombor lapan Aryna Sabalenka di pusingan ketiga dan pemain nombor dua dunia, Simona Halep di suku akhir.

GELAGAT Belinda bersama trofi kejuaraan di Dubai. - FOTO Agensi.
GELAGAT Belinda bersama trofi kejuaraan di Dubai. - FOTO Agensi.

Pemain pilihan kedua Kvitova menempah tiket ke final ketiga dalam masa dua bulan selepas mencatat kemenangan ke atas Hsieh Su-wei 3-6, 6-2, 6-4.

Pemain yang memenangi dua kejuaraan Wimbledon sudah memenangi kejohanan di Sydney bulan lalu dan kalah kepada Naomi Osaka dalam final Terbuka Australia.

Kvitova menang di Dubai pada 2013 dan dia beraksi di kejohanan itu buat pertama kali dalam tiga tahun manakala Bencic, 21, sudah mara ke perlawanan akhir pertamanya sejak Oktober di Luxembourg.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Februari 2019 @ 11:50 AM