Aksi Belinda Bencic dari Switzerland di Sukan Olimpik Tokyo bulan lalu. FOTO EPA
Aksi Belinda Bencic dari Switzerland di Sukan Olimpik Tokyo bulan lalu. FOTO EPA
AFP

Paris: Juara Olimpik, Belinda Bencic melonjak satu tangga dalam ranking terbaru dikeluarkan WTA hari ini tetapi pemain Switzerland itu kekal satu tangga di luar kelompok 10 teratas.

Sensasi Republik Czech, Marketa Vondrousova, yang merangkul pingat perak kekal di tempat ke 42 sementara pemenang gangsa Elina Svitolina dari Ukraine melonjak satu tangga di kedudukan kelima.

Pemain Kanada, Bianca Andreescu pula jatuh merudum tiga tangga dari kelima kepada kelapan.

Juara Wimbledon, Ashleigh Barty terus mendominasi kedudukan teratas sekali pun dia tidak beraksi sejak tersingkir awal di Tokyo pada penghujung Julai lalu.

Serena Williams jatuh empat tangga kepada nombor 20. Rakan senegara dari Amerika Syarikat, Danielle Collins melonjak ke tempat ke-28 susulan kemenangan di San Jose pada Ahad manakala pemain Jerman, Andrea Petkovic, yang merangkul kejuaraan pertama WTA sejak 2015 di Cluj, ke 68.

Pemain yang tewas pada aksi final, Mayar Sherif dari Mesir, berada dalam kelompok 100 terbaik buat pertama kali dengan berada di kedudukan 97.

Ranking WTA pada 9 Ogos

1. Ashleigh Barty (AUS) 9,635 mata

2. Naomi Osaka (JPN) 7,146

3. Aryna Sabalenka (BLR) 6,845

4. Sofia Kenin (USA) 5,345

5. Elina Svitolina (UKR) 5,035 (+1)

6. Karolína Plísková (CZE) 4,850 (+1)

7. Iga Swiatek (POL) 4,550 (+1)

8. Bianca Andreescu (CAN) 4,431 (-3)

9. Garbine Muguruza (ESP) 4,165

10. Barbora Krejcíková (CZE) 4,113 (+1)

11. Belinda Bencic (SUI) 4,035 (+1)

12. Petra Kvitova (CZE) 3,985 (+1)

13. Simona Halep (ROM) 3,925 (-3)

14. Jennifer Brady (USA) 3,770

15. Victoria Azarenka (BLR) 3,766

16. Elise Mertens (BEL) 3,580 (+1)

17. Anastasia Pavlyuchenkova (RUS) 3,390 (+1)

18. Maria Sakkari (GRE) 3,295 (+1)

19. Elena Rybakina (KAZ) 3,083 (+1)

20. Serena Williams (USA) 3,056 (-4)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Ogos 2021 @ 9:29 PM