Pemain Jepun, Naomi Osaka membalas pukulan Danielle Collins pada kejohanan Terbuka BNP Paribas di Indian Wells Tennis Garden, Indian Wells, California. FOTO AFP.
Pemain Jepun, Naomi Osaka membalas pukulan Danielle Collins pada kejohanan Terbuka BNP Paribas di Indian Wells Tennis Garden, Indian Wells, California. FOTO AFP.
AFP

JUARA tiga kali Grand Slam, Angelique Kerber bangkit daripada kekalahan set pertama mengatasi pemain dari kelayakan, Natalia Vikhlyantseva untuk layak ke pusingan empat di WTA Indian Wells, pagi ini.

Pemain ranking kelapan, Kerber, dua kali mara ke semi final di gelanggang California, memulakan permainan agak perlahan untuk menewaskan pemain ranking 112 dari Russia, 3-6, 6-1, 6-3.

Selepas ketinggalan di dalam set pertama, Kerber bangkit untuk memenangi pukulan dan memaksa perlawanan ditentukan di set ketiga.

“Saya fikir ia memberikan keyakinan untuk mengubah corak perlawanan, saya mampu bermain tiga set, dalam walaupun waktu yang singkat saya berada di sana dan percaya diri sendiri,” kata Kerber.

Roger Federer menempah tiketnya ke suku akhir Terbuka Miami selepas mengalahkan Daniil Medvedev. FOTO Agensi
Roger Federer menempah tiketnya ke suku akhir Terbuka Miami selepas mengalahkan Daniil Medvedev. FOTO Agensi

Dia berkata memang selalunya sukar berdepan pertembungan lawan yang pertama, dan dia akan melakukan perkara sama dalam pusingan empat berdepan Aryna Sabalenka.

Sabalenka pemain pilihan ke sembilan dari Belarus mengalahkan Lesia Tsurenko 6-2, 7-5.

Penyandang juara, Naomi Osaka, yang melakar kejuaraan di Terbuka Australian sehingga melonjakkan kedudukan ranking nombor satu dunia, menewaskan pemain Amerika, Danielle Collins 6-4, 6-2 untuk mara ke pusingan keempat kejohanan.

Osaka, memerlukan satu jam 22 minit untuk mengatasi pemain yang berjaya mara ke peringkat semi final di Terbuka Australia itu.

Dia akan berhadapan pemain Switzerland, Belinda Bencic, yang mencatat kemenangan ke atas pemain Rusia, Ekaterina Alexandrova, 6-4, 6-2.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mac 2019 @ 11:46 AM