CARLOS QUEIROZ
CARLOS QUEIROZ
Agensi

ABU DHABI: Iran tidak akan sesekali memandang rendah kemampuan Yaman, apabila kedua-duanya bertemu pada saingan peringkat Kumpulan D, Piala Asia di Stadium Mohamed Zayed, tengah malam ini.

Ketika ini, Iran sedang memburu kejuaraan Piala Asia buat kali keempat, – yang pertama sejak 1976, manakala Yaman pula kelihatan cukup bersemangat untuk tampil di kejohanan itu buat kali pertama.

Ketua jurulatih Iran, Carlos Queiroz menegaskan, ketika ini, tumpuan utama mereka adalah pertemuan dengan Yaman kerana pada temasya kali ini, banyak kejutan yang dilakukan pasukan bukan pilihan.

Ia adalah pendekatan yang wajar selepas menyaksikan kejutan berlaku apabila Jordan menewaskan juara bertahan, Australia 1-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B, Ahad lalu.

“Inilah bolah sepak. Anda tidak boleh beraksi dengan status selaku pasukan pilihan.

“Jika anda tidak bermain dengan baik, anda tidak berhak untuk menang.

“Kami hadir ke sini dengan matlamat untuk beraksi dengan baik dan menewaskan sesiapa saja lawan kami. Yaman adalah pasukan yang bagus dan kami menghormati mereka.

“Pada masa sama, saya yakin pasukan saya akan mempamer aksi yang baik kerana saya selalu mencabar mereka untuk mempunyai rasa bertanggungjawab.

“Jadi, apabila selepas tamat perlawanan, mereka mampu memberi kegembiraan kepada penyokong,” kata Queiroz yang sudah membimbing Iran selama lapan tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 January 2019 @ 12:24 PM