Soccer Football - Carabao Cup Quarter-Final - Leicester City v Manchester City - King Power Stadium, Leicester, Britain - December 18, 2018  Manchester City's Arijanet Muric saves a penalty during the shootout              Action Images via Reuters/John Sibley  EDITORIAL USE ONLY. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or "live" services. Online in-match use limited to 75 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications.  Please contact your account representative for further details.

AFP

LONDON: Manchester City mengatasi cabaran penentuan sepakan penalti untuk layak ke separuh akhir Piala Liga Inggeris ketika penjaga gol muda Arijanet Muric muncul wira buat penyandang juara itu menyingkirkan Leicester, awal pagi tadi.

Pasukan kendalian Pep Guardiola mendahului apabila Kevin De Bruyne melengkapkan kemunculan semulanya daripada kecederaan dengan penyudah menarik pada minit ke-14 di Stadium King Power.

Marc Albrighton bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-73 untuk memaksa penentuan sepakan penalti ketika kedua-dua pasukan masih terikat 1-1 selepas masa tambahan.

Muric, yang melakukan penampilan kedua bersama City menggantikan Ederson yang direhatkan, mencuri tumpuan apabila pemain kebangsaan Kosovo berusia 20 tahun itu menyelamatkan dua sepakan penalti bagi membantu pasukannya layak ke separuh akhir.

Hanya beberapa jam selepas musuh Guardiola, Jose Mourinho dipecat oleh Manchester United susulan permulaan buruk mereka dalam tempoh 28 tahun, City melakukan lapan pertukaran pemain namun masih mampu meloloskan diri ketika mereka memburu trofi ketiga dalam era Guardiola.

Tidak hairan penyokong City secara menyindir melaungkan “kembalikan semula Mourinho.”

“Masa yang sukar, memang selalu sukar di Leicester. Kami beraksi dengan pemain (Eric Garcia) yang berusia 17 tahun dan beberapa pemain yang cedera, tapi ia perlawanan yang bagus,” kata Guardiola.

De Bruyne berkata: “Saya berasa agak kekok tapi gembira kerana menyumbang. Untuk berehat terlalu lama dan bermain 70 minit satu petanda baik buat saya.

“Kami mahu memenangi kejuaraan jadi ada dua perlawanan lagi perlu ditempuhi dan kami boleh berjuang merebut satu lagi trofi.”

Anak buah Guardiola menewaskan Leicester menerusi penentuan penalti pada peringkat sama Piala Liga musim lalu.

Kelab divisyen tiga, Burton melakar kejutan apabila layak ke separuh akhir buat kali pertama dalam sejarah selepas menang 1-0 ke atas kelab Liga Kejuaraan, Middlesbrough.

Jake Hesketh memastikan gol kemenangan pasukan kendalian Nigel Clough pada minit ke-48.

Burton, yang menghuni tangga ke-15 Liga Satu, muncul pasukan pertama dari divisyen tiga atau lebih bawah mara ke separuh akhir sejak Sheffield United pada 2014-15.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Disember 2018 @ 8:29 AM