Croatia's Borna Coric hits a return against Switzerland's Roger Federer during their men's singles semi-final match at the Shanghai Masters tennis tournament on October 13, 2018. (Photo by WANG ZHAO / AFP)
Croatia's Borna Coric hits a return against Switzerland's Roger Federer during their men's singles semi-final match at the Shanghai Masters tennis tournament on October 13, 2018. (Photo by WANG ZHAO / AFP)
Agensi

SHANGHAI: Borna Coric melakarkan kejutan menewaskan juara bertahan, Roger Federer untuk menempah tempat ke pentas akhir kejohanan tenis Shanghai Masters, bertemu Novak Djokovic.

Coric memperoleh laluan ke final apabila menang 6-4, 6-4 dalam aksi separuh akhir, sebentar tadi.

“Ia adalah antara satu perlawanan terbaik dalam hidup saya,” kata Coric.

Coric berkata, sakit pada leher hampir menyebabkan dia menarik diri untuk beraksi di Shanghai.

“Hari ini saya turun ke gelanggang tanpa sebarang tekanan. Saya langsung tidak peduli dan sebab itulah saya dapat bermain dengan baik,” kata pemain dari Croatia yang akan bertemu Djokovic buat kali ketiga.

Untuk rekod, Coric tewas kepada Djokovic pada pertemuan terakhir mereka.

Djokovic, yang bakal menjadi pemain kedua terbaik dunia tidak lama lagi mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan pilihan kelima, Alexander Zverev, 6-2, 6-1 dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Dalam aksi sebentar tadi, Coric yang kelihatan cukup tenang berjaya menewaskan Federer dengan penuh bergaya termasuk meraih dua pukulan ace.

Malah, Coric langsung tidak membenarkan Federer mencuri peluang untuk mengheret perlawanan kepada mata penentuan, selain beberapa kali berjaya mematahkan servis Federer di awal perlawanan.

“Dia mempunyai lebih banyak peluang mematikan bola. Servisnya lebih baik,” kata Federer.

“Saya pula bermula dengan buruk di kedua-dua permulaan set. Keadaan di Shanghai juga memainkan peranan apabila bola bergerak dengan pantas.”

Federer merangkul tiga gelaran tahun ini - Terbuka Australia, Rotterdam dan Stuttgart, namun semuanya diperoleh sebelum Wimbledon pada Julai lalu.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Oktober 2018 @ 11:10 AM