PEMAIN Barcelona, Arturo Vidal. FOTO AFP
PEMAIN Barcelona, Arturo Vidal. FOTO AFP
Reuters

BARCELONA: Pemain tengah Barcelona Arturo Vidal dari Chile berkata, dia tidak berpuas hati selepas kurang beraksi bersama kelab barunya itu.

Vidal yang berpindah dari Bayern Munich pada musim panas ini hanya beraksi dua kali setakat ini malah tidak dapat menghabiskan masa permainan apabila dikeluarkan dalam kedua-dua perlawanan itu.

"Bagaimana saya mahu gembira jika tidak dapat bermain,” kata Vidal kepada wartawan selepas menyertai skuad kebangsaan negaranya, menurut Diario Sport hari ini.

"Saya selalu bekerja keras, berada di kelab terbaik dunia, menang segalanya dan mahu terus menang trofi di Barcelona,” kata Vidal.

Jurulatih Ernesto Valverde lebih suka menurunkan pemain muda Brazil, Arthur dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini dengan Vidal tidak langsung bermain ketika seri 1-1 menentang Valencia dalam aksi La Liga pada Ahad lalu dan hanya berada di atas padang selama tiga minit menentang Tottenham dalam aksi Liga Juara-Juara minggu lalu.

"Fizikal saya bagus dan saya gembira. Dalam beberapa perlawanan lalu saya agak terganggu tetapi banyak lagi perlawanan penting, kami akan tunggu dan lihat,” kata Vidal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Oktober 2018 @ 10:26 PM