MOURINHO mahu anak buah lupakan kekalahan saingan Liga Perdana ketika menentang Hammers. FOTO/AFP
MOURINHO mahu anak buah lupakan kekalahan saingan Liga Perdana ketika menentang Hammers. FOTO/AFP
Agensi

LONDON: Jose Mourinho mengharapkan keputusan positif menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Valencia pada awal pagi Rabu selepas kecewa kecundang kepada West Ham dalam saingan Liga Perdana.

"Sebenarnya saya amat gembira kami akan turun beraksi pada Selasa (awal pagi Rabu)," katanya. "Saya gembira kerana sedar akan mula berfikir mengenai perlawanan itu dan menjalani latihan."

"Namun saya tidak sabar untuk menanti aksi Liga Juara-Juara dan berharap majoriti pemain turut mempunyai mentaliti sama," katanya.

Kunjungan Valencia adalah aksi pertama United di laman sendiri dalam kancah Liga Juara-Juara dan walaupun persembahan tidak konsisten di Liga Perdana dan tersingkir daripada saingan Piala Carabao, kedudukan anak buah Mourinho di pentas Eropah masih dalam keadaan selesa selepas kemenangan 3-0 mengatasi Young Boys pada perlawanan pertama.

"Saya tidak mahu merungut mengenai karektor pemain," tegasnya.

Ashley Young turut senada dengan Mourinho yang berharap perlawanan menentang Valencia akan membantu pasukannya untuk mempamerkan kebangkitan.

"Apabila anda berada dalam situasi ini, anda mahu perlawanan seterusnya berlangsung secepat mungkin," akuinya. "Kami akan berdepan lawan beberapa hari lagi, jadi kami perlu bersedia dan mengeluarkan pasukan dari kekecewaan secepat mungkin."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Oktober 2018 @ 12:44 PM