RADAMEL FALCAO
RADAMEL FALCAO
AFP

SAINT PETERSBURG: Selepas kecewa tidak dapat beraksi di Piala Dunia empat tahun lalu akibat cedera, ketua pasukan Colombia, Radamel Falcao, sedar mengenai impiannya sejak kecil dengan dia perlu membuktikan sesuatu apabila turun menentang England dalam pusingan kedua, nanti.

Falcao yang menjaringkan sembilan gol di peringkat kelayakan memimpin pasukan Columbia pertama kali dalam pusingan kalah mati di Piala Dunia Brazil 2014, sebelum mengalami kecederaan ketika beraksi di Piala Perancis, pada 2014 sehingga hampir menamatkan kerjayanya.

“El Tigre” (The Tiger) adalah penyerang yang paling digeruni di dunia. Dia berpindah ke Monaco dari Atletico Madrid dengan bayaran perpindahan $AS70 juta dolar (RM282.77 juta).

Bagaimanapun, penjaring terbanyak Colombia itu terpaksa berehat panjang di apartmentnya di Monaco bagi memastikan dia cepat pulih dan dapat menabur bakti kepada negaranya di kejohanan Piala Dunia.

Dalam percubaannya untuk kembali beraksi di Piala Dunia 2014 , Falcao meletakkan tekanan ke atas dirinya dan meningkatkan tempoh pemulihannya.

Biarpun terdapat keraguan mengenai tahap kecergasan, namun reputasi Falcao tetap hebat apabila dia menjadi rebutan selaku pemain pinjaman kepada Manchester United dan Chelsea.

Bagaimanapun, Falcao hanya menjaringkan lima gol selepas diturunkan dalam 41 perlawanan, dua kempen ketika beraksi di England.

“Ada masanya kita berasa sangat lemah. Apabila berada dalam situasi sangat sukar dan tidak mampu melakukannya sebagai manusia biasa saya akan menangis,” katanya kepada akhbar Colombia, El Tiempo ketika di England.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Julai 2018 @ 1:42 PM