Penyerang Colombia, Radamel Falcao. FOTO Agensi
Penyerang Colombia, Radamel Falcao. FOTO Agensi
Agensi

London: Penyerang Colombia, Radamel Falcao melengkapkan perpindahan ke Rayo Vallecano selepas meninggalkan Galatasaray, Rabu lalu.

Pemain berusia 35 tahun itu kembali ke kelab La Liga Sepanyol selepas lapan tahun meninggalkan Atletico Madrid untuk menyertai Monaco.

Bersama Atletico, Falcao memenangi Piala Raja Sepanyol, Liga Europa dan Piala Super Uefa.

Dia menyertai Monaco pada 2013 dan dipinjamkan ke Manchester United dan Chelsea antara 2014 dan 2016 sebelum menyertai Galatasaray secara tetap pada 2019.

Falcao menjaringkan 19 gol dalam 34 penampilan liga buat Galatasaray dalam kempen yang turut menyaksikan dia dihimpit kecederaan panjang di Turki.

Dia melakukan tiga penampilan sebagai pemain simpanan buat kelab Istanbul musim ini sebelum dilepaskan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 September 2021 @ 9:38 PM