PENYERANG Belgium, Romelu Lukaku (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan, Eden Hazard pada aksi menentang Panama, Isnin lalu. FOTO Reuters
PENYERANG Belgium, Romelu Lukaku (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan, Eden Hazard pada aksi menentang Panama, Isnin lalu. FOTO Reuters
Reuters

BELGIUM mungkin memerlukan masa sehingga babak kedua sebelum kapten, Eden Hazard dan Romelu Lukaku membuktikan kehebatan mereka pada aksi pembukaan Piala Dunia menentang Panama, Isnin lalu.

Selepas setiap serangan dan cubaan Belgium untuk meruntuhkan pertahanan Panama yang tersusun pada babak pertama gagal, Hazard yang juga perancang Chelsea itu mendedahkan dia memberikan nasihat kepada Lukaku bagi membolehkan penyerang Manchester United itu bertenang.

“Pada babak kedua, saya memberitahu yang kami memerlukannya. Dia sedikit terselindung di bahagian depan,” kata Hazard.

“Tidak mudah untuk bermain apabila seorang pemain kami hilang. Tetapi apabila dia berada di sana, terbabit dengan perlawanan, seperti magis, dia menjaringkan dua gol. 

“Saya harap dia sudah memahaminya sekarang,” katanya dengan Belgium memenangi perlawanan pembukaan Kumpulan G itu dengan keputusan 3-0.

Jurulatih Belgium, Roberto Martinez dalam pada itu menolak khabar angin yang mengatakan skuad kendaliannya kurang keharmonian selain percaya Lukaku akan mengotakan kata-katanya untuk menjaring penyerang terbaik di dunia.

“Pasukan saya boleh berkongsi pandangan,” kata Martinez. “Sebarang kata-kata negatif di antara pemain, ia bukan sikap yang kami ada.

“Sudah tentu, kami menuntut satu sama lain, dan ia adalah perkara yang biasa, apa yang biasa berlaku di bilik persalinan.”

Mengulas mengenai Lukaku, Martinez berkata: “Keinginan yang membuatkan saya tertarik dengan pemain muda, mengapa dia bermain bola sepak? Dan Romelu Lukaku bermain bola sepak di posisi terbaiknya. 

“Dia boleh menjadi sebaik yang dia mahukan.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Jun 2018 @ 9:08 PM