SWITZERLAND harus menunggu terlebih dulu untuk menjadi pasukan ketiga terbaik daripada enam kumpulan Euro 2020. FOTO AFP
SWITZERLAND harus menunggu terlebih dulu untuk menjadi pasukan ketiga terbaik daripada enam kumpulan Euro 2020. FOTO AFP
AFP

Rom: Wales layak ke pusingan 16 akhir Euro 2020 walaupun tumpas 0-1 kepada Itali dalam perlawanan terakhir Kumpulan A, manakala Switzerland perlu menunggu sama ada mereka boleh melayakkan diri atau tidak selepas mengalahkan Turki 3-1.

Gol Matteo Pessina di Roma bermakna Itali akan berdepan naib juara Kumpulan C untuk aksi seterusnya, manakala Wales berdepan pasukan naib juara Kumpulan B.

Xherdan Shaqiri meledak dua gol di Baku, namun Switzerland mampu layak jika menjadi salah satu daripada empat pasukan terbaik tangga ketiga selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan berkongsi empat mata bersama Wales.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Jun 2021 @ 2:11 AM