PENERJUN negara, Ooi Tze Liang ketika beraksi pada acara 1m papan anjal di Pusat Akuatik Optus. - Foto YAZIT RAZALI
PENERJUN negara, Ooi Tze Liang ketika beraksi pada acara 1m papan anjal di Pusat Akuatik Optus. - Foto YAZIT RAZALI
Ajitpal Singh dan Nor Hairulnizam Wahid


GOLD COAST: Tiga penerjun negara melangkah ke pentas final acara 1 meter (m) papan anjal di Sukan Komanwel yang berlangsung di Pusat Akuatik Optus, sebentar tadi.

Ahmad Amsyar Azman muncul selaku penerjun terbaik negara apabila mencatat 343.75 mata keseluruhan untuk berada di tangga ketujuh, manakala Syafiq Puteh (306.80), dan Ooi Tze Liang, ke-10 dengan, 302.30 mata.

“Ia adalah 50-50 untuk ke final apatah lagi saya melakukan kesilapan pada terjunan kedua dan keempat. Saya mampu bangkit dan melangkah ke final, itu memang sasaran saya.

“Untuk meraih pingat mungkin sedikit sengit kerana terdapat penerjun ternama tetapi saya akan melakukan yang terbaik,” kata Syafiq.

Dia juga bakal menyertai acara 3m papan anjal seirama bersama Gabriel Gilbert Daim pada penampilan pertamanya di Sukan Komanwel ini.

Sementar itu, Amsyar berkata, kejayaan semua tiga penerjun negara mara ke final cukup menggembirakan dan membuatkan mereka bertambah semangat.

“Saya hampir terlepas peluang selepas beraksi hambar di terjunan ketiga. Kami akan cuba melakukan yang lebih baik hari ini.”

Final bagi acara 1m dijadual berlangsung petang ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 April 2018 @ 11:06 AM