KOMPANY (kanan) percaya United mahu rosakkan impian City. -Foto Reuters
KOMPANY (kanan) percaya United mahu rosakkan impian City. -Foto Reuters
AFP

LONDON: Vincent Kompany memberi amaran terhadap Manchester City betapa Manchester United pasti terdesak untuk menghalang mereka daripada mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris lebih awal apabila kedua-duanya bertemu awal bulan depan.

City hanya memerlukan dua kemenangan untuk mengesahkan gelaran dan jika berjaya menewaskan Everton pada perlawanan berikutnya 31 Mac ini, mereka boleh dinobat juara lebih awal seandainya menumbangkan United di Etihad pada 7 April depan.

Ia jelas satu prospek yang cukup menggembirakan buat penyokong City tetapi kapten, Kompany percaya untuk menyempurnakannya dengan cara sebegitu adalah tugas yang paling getir musim ini.

“Saya cukup spesifik untuk menyatakan ia tidak akan diberikan kepada kami. Ia akan menjadi kejayaan paling sukar berbanding perkara lain musim ini,” kata Kompany.

“Saya tidak fikir ia mudah, pertamanya Everton dan kemudian United.

“Membenarkan kami untuk menikmati masa yang sempurna? Kebiasaannya kami mahu merosakkan semuanya dengan segala kemampuan kami.

“Saya mengetahui apakah perasaannya jika saya berada di pihak yang berlainan. Tapi apa yang paling utama, kami mahu menjulang kejuaraan.

“Semua perkara lain adalah bonus, seperti buah ceri di atas kek. Ia tidak akan berdiri atau jatuh disebabkan satu perlawanan saja.”

Perlawanan Liga Perdana berikutnya membabitkan City adalah menentang Brighton minggu ini tetapi ia ditangguhkan susulan pembabitan kelab dengan jolokan Seagulls itu dalam saingan Piala FA.

Justeru, skuad kendalian Pep Guardiola akan menghabiskan minggu mereka di kem latihan di kediaman pemilik kelab, Sheikh Mansour di Abu Dhabi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Mac 2018 @ 12:36 PM