WINNIE  menduduki tempat ke-41 pada pusingan dua kejohanan Golf LPGA Malaysia Sime Darby di TPC, Bukit Kiara. FOTO/OWEE AH CHUN
WINNIE menduduki tempat ke-41 pada pusingan dua kejohanan Golf LPGA Malaysia Sime Darby di TPC, Bukit Kiara. FOTO/OWEE AH CHUN
Farah Azharie


PENANGGUHAN empat jam kerana hujan mungkin menjejaskan catatan pemain golf namun tidak bagi Winnie Ng pada pusingan kedua kejohanan LPGA Malaysia Sime Darby di TPC Kuala Lumpur, hari ini.

Winnie, yang juga pemain amatur, bermula baik dari tee ke-10 apabila dia mengumpul tiga birdie tetapi semuanya berubah sejurus sebelum siren pertama dibunyikan apabila dia melakukan double bogey berturutan pada lubang kedua dan ketiga.

“Sebelum permainan ditangguhkan kerana hujan, saya melakukan double bogey dan saya melakukan putt bagi satu lagi bogey dan (saya) rasa sangat sedih jadi saya saya makan maggi, kek dan minum air banyak.

“Saya memberitahu kepada diri sendiri, perkara buruk akan berlaku dan bagaimana anda menanganinya, hanya lakukannya dan tidak meletakkan sebarang jangkaan,” katanya yang berusia 16 tahun.

Tempoh rehat itu banyak membantu Winnie untuk kembali bangkit apabila melakukan dua birdie berturut-turut sebelum menghabiskan perlawanan hari ini dengan par 142 untuk menamatkan saingan di tempat ke-41 bersama dua lagi pemain sekali gus muncul pemain terbaik tempatan.

Tidak seperti Winnie, persembahan rakan senegara Natasha Andrea Oon terganggu berikutan penangguhan itu apabila terganggu dengan keadaan lapangan yang lebih lembut.

Natasha menamatkan permainan di tempat ke-57 bersama empat lagi pemain dengan dua atas par 145.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Oktober 2017 @ 10:31 PM