Jersi no 7 pemain United, Memphis paling laris di UK. -Pix Independent
Jersi no 7 pemain United, Memphis paling laris di UK. -Pix Independent

London: Tiga pemain Manchester United berada dalam senarai 10 teratas jualan jersi pemain paling laku di United Kingdom (UK) mengatasi Chelsea, Arsenal, Liverpool dan Manchester City dengan masing masing hanya satu.

Kelab beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menguasai jualan jersi musim 2014-15 selepas dua bintang baru Memphis Depay dan Bastian Schweinsteiger menyertai pasukan terbabit, menurut kajian peruncit barangan sukan online Kitbag baru baru ini.

Jersi Lionel Messi dari Barcelona menduduki tangga teratas jualan paling laku keseluruhan dalam kalangan kelab kompetitif Eropah. - Independent

Jualan jersi terlaris kelab Eropah

1- Messi (Barcelona)

2- Ronaldo (Real Madrid)

3- Memphis (Man Utd)

4- Schweinsteiger (Man Utd)

5- Hazard (Chelsea)

6- Rooney (Man Utd)

7- Neymar (Barcelona)

8- Aguero (Man City)

9- Alexis (Arsenal)

10- Coutinho (Liverpool)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 7:33 PM