MESSI muncul penjaring terbanyak Liga Juara-Juara musim ini dengan 12 gol. — FOTO AFP
MESSI muncul penjaring terbanyak Liga Juara-Juara musim ini dengan 12 gol. — FOTO AFP
Agensi

LIONEL Messi berakhir sebagai penjaring gol terbanyak Liga Juara-Juara secara berseorangan sejak 2011-12, empat gol di depan Robert Lewandowski.

Dengan tiada pemain Tottenham Hotspur mahupun Liverpool mendekati jumlah 12 gol Messi menjelang final, penyerang Barcelona itu sudah terjamin lebih awal menghuni carta penjaring secara bersendirian buat kali kelima.

Ia dipastikan sekalipun Mohamed Salah menyertai senarai penjaring dengan lima gol.

Messi sebelum ini unggul empat musim berturut-turut antara 2008-09 dan 2011-12, kali terakhir trofi itu berada di England.

JARINGAN penalti Salah awal pagi tadi membolehkannya mengumpul lima gol. — FOTO Reuters
JARINGAN penalti Salah awal pagi tadi membolehkannya mengumpul lima gol. — FOTO Reuters

Messi turut berkongsi tangga pertama pada 2014-15 bersama Neymar dan Cristiano Ronaldo, yang muncul penjaring gol terbanyak secara bersendirian sejak 2012-13.

Penjaring gol terbanyak Liga Juara-Juara 2018-19

12: Lionel Messi (Barcelona)

Minit beraksi: 837 (69.8 minit satu gol)

8: Robert Lewandowski (Bayern Munich)

Minit beraksi: 714 (89.3 minit satu gol)

6: Sergio Aguero (Manchester City)

Minit beraksi: 510 (85 minit satu gol)

6: Cristiano Ronaldo (Juventus)

Minit beraksi: 749 (124.8 minit satu gol)

6: Moussa Marega (FC Porto)

Minit beraksi: 840 (140 minit satu gol)

6: Dusan Tadic (Ajax)

Minit beraksi: 1,080 (180 minit satu gol)

PENYERANG Tottenham, Harry Kane turut meraih lima gol. — FOTO Reuters
PENYERANG Tottenham, Harry Kane turut meraih lima gol. — FOTO Reuters

Penjaring gol terbanyak mengikut musim

(Peringkat kumpulan hingga ke final)

2018-19: Lionel Messi (Barcelona) 12

2017-18: Cristiano Ronaldo (Real Madrid) 15

2016-17: Cristiano Ronaldo (Real Madrid) 12

2015-16: Cristiano Ronaldo (Real Madrid) 16

2014-15: Lionel Messi (Barcelona), Neymar (Barcelona), Cristiano Ronaldo (Real Madrid) 10

2013-14: Cristiano Ronaldo (Real Madrid) 17

2012-13: Cristiano Ronaldo (Real Madrid) 12

2011-12: Lionel Messi (Barcelona) 14

2010-11: Lionel Messi (Barcelona) 12

2009-10: Lionel Messi (Barcelona) 8

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Jun 2019 @ 2:11 PM