FARAH (kiri) antara gimnas negara yang bakal ke Gold Coast. FOTO/LUQMAN HAKIM ZUBIR
FARAH (kiri) antara gimnas negara yang bakal ke Gold Coast. FOTO/LUQMAN HAKIM ZUBIR
Farah Azharie


PEMENANG pingat emas Sukan SEA, Farah Ann Abdul Hadi, Tan Ing Yueh, Tan Fu Jie, Tracie Ang dan Jeremiah Loo muncul antara beberapa nama yang sudah disahkan bagi menyertai Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast.

Berdasarkan persembahan cemerlang mereka pada temasya itu Ogos lalu, Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) setakat ini mendedahkan lima atlet itu sebagai berpotensi memenangi pingat.

Nama mereka didedahkan Presiden MGF, Datuk Jaya Al Bakri selepas beliau menghadiri jawatankuasa pemilihan bagi temasya itu, semalam.

“Saya fikir mereka turut mempunyai peluang baik apabila bertanding pada Sukan Komanwel.

“Sudah tentu negara yang mengambil bahagian berbeza tapi mereka tetap bersedia bagi Sukan Komanwel.”

Jaya berkata, atlet itu tidak hanya dipilih berdasarkan persembahan mereka pada Sukan SEA tetapi juga menerusi Sukan Komanwel Glasgow 2014.

“Ia juga membabitkan beberapa kejohanan yang mereka sertai tahun ini.

“Juga berdasarkan rekod, di mana kedudukan mereka, potensi meraih pingat, itu antara faktor dipilih mewakili negara,” katanya.

Gimnastik menerima kuota 10 atlet untuk mengambil bahagian dalam acara gimrama wanita, artistik lelaki dan wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Oktober 2017 @ 3:32 PM