PERTAHANAN Inter, Danilo D’Ambrosio (kiri) melepasi pertahanan SPAL,  Filippo Costa di Stadium San Siro, semalam.
PERTAHANAN Inter, Danilo D’Ambrosio (kiri) melepasi pertahanan SPAL, Filippo Costa di Stadium San Siro, semalam.
AFP

MILAN: Napoli dan Inter Milan mencatat tiga kemenangan dalam tiga perlawanan untuk menyertai juara bertahan enam kali Juventus di persada Serie A awal pagi tadi ketika AC Milan tewas di tangan Lazio.

PENYERANG Napoli, Jose Callejon (kiri) merampas bola daripada pertahanan Bologna,  Adam Masina di Stadium  Dallara, semalam.
PENYERANG Napoli, Jose Callejon (kiri) merampas bola daripada pertahanan Bologna, Adam Masina di Stadium Dallara, semalam.

Inter kendalian Luciano Spalletti menewaskan pasukan pendatang baru Serie A, SPAL 2-0 di San Siro selepas Juventus mengetepikan Chievo 3-0 di Turin kelmarin.

Napoli juga kekal tanpa kalah ketika mereka memanaskan badan bagi saingan pertengahan minggu dengan berkunjung ke Shakhtar Donetsk dalam Liga Juara-Juara, menang 3-0 di Bologna menerusi jaringan lewat Jose Callejon (m-66), Dries Mertens (m-83) dan Piotr Zielinski (m-88).

PERTAHANAN Lazio dari   Romania Stefan Radu (tengah) berebut dengan pemain tengah Milan, Lucas Biglia (kanan) di Stadium Olympic, semalam.
PERTAHANAN Lazio dari Romania Stefan Radu (tengah) berebut dengan pemain tengah Milan, Lucas Biglia (kanan) di Stadium Olympic, semalam.

“Untuk melalui 70 minit dan tewas 0-3 satu tamparan hebat buat pemain,” kata jurulatih Roberto Donadoni mengenai kekalahan pertama Bologna musim ini.

“Kami lemah dan Napoli menghukum kami. Ini memberikan pengajaran buat kami.”

Juventus – yang akan bertandang ke Barcelona bagi saingan Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini – menghuni tangga teratas menerusi perbezaan gol, terikat sembilan mata dengan Napoli dan Inter Milan, manakala Lazio keempat dengan tujuh mata.

AC Milan merudum ke tangga ketujuh selepas mengalami kekalahan pertama musim ini ketika jaringan hatrik Ciro Immobile membantu kemenangan 4-1 Lazio di laman sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2017 @ 9:47 AM