SARRI kini sudah sihat untuk mengendalikan pasukan. — FOTO Twitter Juventus
SARRI kini sudah sihat untuk mengendalikan pasukan. — FOTO Twitter Juventus
AFP

CRISTIANO Ronaldo kembali beraksi dalam Serie A Itali selepas meledak empat gol buat Portugal ketika Juventus bertandang ke Fiorentina esok yang turut mendapat tonik tambahan berikutan penampilan pertama jurulatih Maurizio Sarri selepas berehat susulan radang paru-paru.

Bekas jurulatih Chelsea itu terlepas dua saingan liga bersama juara Serie A itu berdepan Parma dan bekas kelabnya, Napoli.

Namun pengendali berusia 60 tahun itu akan berada di tempat duduknya buat kali pertama ketika Juventus memburu kemenangan ketiga musim ini sebelum pertemuan Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid pada pertengahan minggu.

Empat gol dijaringkan Ronaldo buat Portugal pada kelayakan Euro 2020 mengatasi Lithuania sudah cukup menggentarkan penyokong Fiorentina.

RONALDO beraksi ketika menentang Lithuania pada aksi kelayakan Euro 2020 kelmarin. — FOTO Reuters
RONALDO beraksi ketika menentang Lithuania pada aksi kelayakan Euro 2020 kelmarin. — FOTO Reuters

Pemain berusia 34 tahun itu mengatasi pemain Ireland, Robbie Keane sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelayakan Euro dengan 25 gol dan tampak makin menyerlah jika menang Pemain Terbaik FIFA di Milan pada 23 September ini.

Ronaldo akan mengemudi serangan Juventus bersama Douglas Costa dan Gonzalo Higuain, dengan pemain Argentina itu juga berada dalam prestasi terbaik selepas kembali ke Turin dari Chelsea.

“Saya kembali ke pasukan sama dengan Cris (Ronaldo) selepas beberapa tahun dan dia semakin kuat, lebih lengkap dan bercita-cita tinggi, saya gembira bermain dengannya sekali lagi,” kata Higuain yang beraksi dengan Ronaldo di Real Madrid.

HIGUAIN seronok kembali berganding dengan Ronaldo. — FOTO Twitter Juventus
HIGUAIN seronok kembali berganding dengan Ronaldo. — FOTO Twitter Juventus

Jadual perlawanan

Esok

Fiorentina mln Juventus, Napoli mln Sampdoria, Inter Milan mln Udinese

Ahad

Genoa mln Atalanta, Brescia mln Bologna, Parma mln Cagliari, SPAL mln Lazio, AS Roma mln Sassuolo, Verona mln AC Milan

Isnin

Torino mln Lecce

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 September 2019 @ 2:48 PM