IN Kyung (tengah) ceria julang trofi Terbuka Wanita British.
IN Kyung (tengah) ceria julang trofi Terbuka Wanita British.
AFP

St Andrews, Scotland: Kim In Kyung akhirnya melupakan kekecewaan lalu dengan membuat 71 pukulan pada pusingan terakhir untuk menang dengan kelebihan dua pukulan pada kejohanan Terbuka Wanita British di Kingsbarns, semalam.

Pemain Korea Selatan itu terlepas kejuaraan ANA Inspiration 2012 apabila gagal menyempurnakan putt sejauh satu kaki pada lubang terakhir.

Namun, semua itu sudah dilupakan juara terbaru kejohanan utama itu.

“Saya tidak boleh gambarkan perasaan saya,” katanya. “Saya cuba berseronok tapi sembilan lubang terakhir tidak menyeronokkan.

“Ia satu proses yang panjang untuk melupakan insiden 2012. Ramai orang membantu saya. Kini saya kembali menikmati permainan golf. Apa yang saya pelajari adalah berikan setiap pukulan kesungguhan yang sama biarpun putt paling dekat.”

Selain kekecewaan ANA Inspiration 2012 apabila dia tewas dalam aksi playoff kepada rakan senegara Yoo Sun Young, dia juga menduduki tempat kedua Terbuka Wanita AS 2012.

Ewart Shadoff mencatat birdie pada lubang kedua semalam, lima birdie berturut-turut dari lubang keenam dan tambahan pada lubang ke-13 sebelum lubang ke-17 yang mencabar. Apa yang perlu dilakukannya hanya tunggu dan lihat.

Pada akhirnya dia terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan 16 bawah par.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Ogos 2017 @ 9:42 AM