Koepka meraikan kejayaan menjuarai Terbuka Amerika Syarikat. FOTO EPA
Koepka meraikan kejayaan menjuarai Terbuka Amerika Syarikat. FOTO EPA
AFP

BROOKS Koepka bangkit mencatat lima birdie pada sembilan lubang terakhir untuk muncul juara golf Terbuka Amerika Syarikat, hari ini.

Kejayaan meletakkanya pemenang ketujuh berturut turut selaku pemenang kali pertama kejohanan utama sekaligus menyamai rekod kelebihan empat pukulan di Erin Hills.

Pemain berusia 27 tahun dari Florida itu melakukan lima birdie pada pusingan final 67 untuk merakam 16 di bawah par keseluruhan selepas bertarung hebat dengan rakan senegara Brian Harman yang akhirnya memihak kepadanya pada saingan di lapangan Wisconsin.

Catatan 16 di bawah par diraih Koepka menyamai rekod pemenang dengan catatan terendah keseluruhan pada Terbuka AS sebelum ini dilakukan oleh Rory McIlroy pada kejohanan 2011.

"Kejayaan itu antara paling ‘cool’ pernah saya rasai dan melakukannya pada sambutan Hari Bapa," kata Koepka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2017 @ 11:56 AM