SIDANG media Kejohanan Golf Amatur MPI Generali-Saujana 2017  (dari kanan)  Ken Kudo, Pengurus Kelab SGCC, S.A Nathan dan  Oliver.
SIDANG media Kejohanan Golf Amatur MPI Generali-Saujana 2017 (dari kanan) Ken Kudo, Pengurus Kelab SGCC, S.A Nathan dan Oliver.

Kuala Lumpur: MPI Generali Insurans Berhad tampil selaku rakan kongsi dan penaja buat kali keenam Kejohanan Golf Amatur MPI Generali-Saujana 2017 edisi ke-30 yang akan berlangsung di Saujana Golf & Country Club (SGCC), 23-25 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MPI Generali Oliver Tan berkata, kejohanan itu menyediakan platform kepada pemain amatur sebelum mereka memilih bergelar profesional.

“Sebagai peneraju insuran golf, kami amat berbangga kerana kejohanan ini mampu menjadi platform untuk pemain amatur sebelum bertukar profesional kerana semua peserta bertanding adalah dalam kalangan pemain muda dan berbakat,” katanya pada sidang media di SGCC, baru-baru ini.

Sebanyak 14 negara mengesahkan penyertaan kali ini membabitkan Australia, Bangladesh, Taiwan, Guam, Hong Kong, India, Indonesia, Myanmar, Nepal, Filipina, Singapura, Thailand, Amerika Syarikat dan Malaysia.

Sementara itu, Pengurus Kelab SGCC Ken Kudo berkata, juara edisi kali ini akan diberikan tiket untuk beraksi di Jelajah Pembangunan Asia (ADT).

Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Pengarah MPI Generali Insurans Berhad Datuk Francis Tan dan Setiausaha Kehormat Persatuan Golf Malaysia (MGA) Datuk Zulkifli Ismail.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mei 2017 @ 9:38 AM