MEER dan Zarida  selepas merasmikan butik flagship Tous di Suria KLCC. FOTO Rohanis Shukri
MEER dan Zarida selepas merasmikan butik flagship Tous di Suria KLCC. FOTO Rohanis Shukri
Fairul Asmaini Mohd Pilus


BAGAI irama dan lagu, aksesori perhiasan dan barangan kemas dengan wanita tidak dapat dipisahkan.

Tanpa aksesori atau barangan kemas, tidak lengkap penampilan mahupun gaya seseorang wanita.

Bukan itu sahaja, pemakaian aksesori atau barangan kemas juga dikatakan dapat menambahkan lagi keyakinan wanita terutama ketika berada di khalayak.

Menyedari keperluan itu, jenama barang kemas dan aksesori mewah terkenal dari Sepanyol, TOUS, membuka butik flagship berkonsep baharu di pusat beli-belah, Suria KLCC.

Butik seluas 81 meter persegi ini terletak di Aras 1, Suria KLCC Ramlee Mall dalam Menara Berkembar Kuala Lumpur yang dikenali di seluruh dunia.

Menurut Pengerusi Tous Malaysia, Datuk Seri Meer Habib, butik luas dan indah itu membolehkan pelanggan untuk melihat lebih banyak koleksi di beberapa bahagian termasuk bahagian ‘Heritage’ yang menonjolkan barangan kemas emas 18 karat, berlian dan batu permata asli.

KOLEKSI beg tangan terkini untuk wanita. FOTO Rohanis Shukri
KOLEKSI beg tangan terkini untuk wanita. FOTO Rohanis Shukri

Kata beliau, ia juga adalah butik tunggal di seluruh Asia yang menawarkan koleksi eksklusif Vita.

“Kami juga bangga kerana menjadi negara selain Sepanyol yang memiliki butik flagship di lokasi terbaik di ibu negara yang dikenali di seluruh dunia,” katanya pada majlis perasmian, baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Urusan Tous Malaysia, Datin Seri Zarida Noordin.

Dalam pada itu, pengunjung juga akan merasai pengalaman membeli-belah yang menarik di butik berkenaan kerana dekorasinya selesa dan menenangkan.

Butik konsep baharu itu turut menerapkan konsep keterbukaan bersesuaian dengan DNA dan gaya barangan kemas jenama berkenaan sendiri.

Ia tidak lain tidak bukan bertujuan untuk memudahkan pengunjung selesa kerana hiasan dalaman berfungsi sebagai tingkap paparan barangan beli-belah.

ANTARA rekaan jam tangan menarik untuk lelaki dan wanita. FOTO Rohanis Shukri
ANTARA rekaan jam tangan menarik untuk lelaki dan wanita. FOTO Rohanis Shukri

Butik berkenaan adalah yang pertama seumpamanya dengan ruangan runcit berkonsepkan pengalaman untuk membeli barangan kemas.

Selain barangan kemas, ada juga pelbagai rekaan beg tangan, rangkaian barangan kulit kecil, jam tangan, selendang dan minyak wangi terkini untuk dimiliki.

Pendek kata, pengunjung boleh mendapatkan pelbagai aksesori dan kelengkapan gaya tanpa perlu ke kedai kerana semua itu boleh didapati di bawah satu bumbung.

Sementara itu, pembukaan butik berkenaan juga adalah antara peristiwa penting bagi jenama itu dalam mengukuhkan kewujudannya di arena antarabangsa selain bersempena sambutan ulang tahun ke-100.

AKSESORI dan barangan kemas TOUS melengkapkan lagi penampilan wanita. FOTO Rohanis Shukri
AKSESORI dan barangan kemas TOUS melengkapkan lagi penampilan wanita. FOTO Rohanis Shukri

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Februari 2020 @ 7:00 AM