FRANCISCA bersama barisan pemenang lain.
FRANCISCA bersama barisan pemenang lain.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


PENGELUAR utama barangan kemas tempatan, HABIB sekali lagi diberi penghormatan untuk menyempurnakan acara pemahkotaan Miss Universe Malaysia 2020 yang berlangsung pada 5 September lalu.

Penganjuran kali ini menyaksikan Francisca Luhong James dipilih sebagai pemenang mengalahkan 17 finalis lain.

Menerusi kemenangan itu, Francisca berpeluang menggayakan mahkota berlian daripada HABIB yang diperbuat daripada emas putih bertatahkan berlian 10 karat bernilai RM2.58 juta dan perhiasan barangan kemas daripada koleksi eksklusif bertatahkan berlian dan mutiara.

Neha Verma pula dipilih sebagai Miss HABIB dan pemilihan itu ditentukan orang ramai menerusi undian atas talian.

HABIB dalam kenyataannya berkata, sebagai penaja rasmi mahkota dan barangan kemas untuk Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) bagi tahun 2019 dan 2020, jenama itu melihat tajaan berkenaan adalah sebagai satu inisiatif untuk menunjukkan sokongan terhadap pertandingan ratu cantik yang membabitkan

wanita tempatan.

Lebih-lebih lagi perhiasan barangan kemas cukup sinonim dalam melengkapkan lagi penampilan seorang wanita.

MISS Universe Malaysia 2020 dimahkotakan dengan mahkota berlian daripada HABIB yang diperbuat daripada emas putih bertatahkan berlian 10 karat bernilai RM 2.58 juta.
MISS Universe Malaysia 2020 dimahkotakan dengan mahkota berlian daripada HABIB yang diperbuat daripada emas putih bertatahkan berlian 10 karat bernilai RM 2.58 juta.

Katanya, jenama berkenaan turut melihat pertandingan itu sebagai platfom untuk mempamerkan koleksi dan rekaan yang terdapat di bilik pameran.

"Ini adalah sebagai satu tanda terima kasih kami terhadap orang ramai yang sentiasa memberi sokongan padu terutamanya pelanggan yang majoritinya terdiri daripada golongan wanita.

"Wanita Malaysia adalah inspirasi kami untuk menghasilkan rekaan dan koleksi barangan kemas yang lebih menarik serta berkualiti.

"Kemenangan Francisca yang kini menjadi 'duta kecil negara' semestinya boleh bersama-sama kami untuk membantu mempromosikan peniaga tempatan di peringkat antarabangsa," kata kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, jenama terbabit turut menganjurkan kempen Kemerdekaan bertemakan #SokongLokal yang bertujuan memberikan sokongan kepada industri kecil yang terjejas berikutan pandemik yang melanda.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2020 @ 6:20 AM