TIADA wanita yang tidak menyukai emas, lebih-lebih lagi ia bukan sekadar untuk perhiasan semata-mata sebaliknya pelaburan terbaik untuk masa hadapan kerana ia sentiasa bernilai.
TIADA wanita yang tidak menyukai emas, lebih-lebih lagi ia bukan sekadar untuk perhiasan semata-mata sebaliknya pelaburan terbaik untuk masa hadapan kerana ia sentiasa bernilai.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


IRONINYA, menyimpan emas juga lebih menguntungkan daripada menyimpan wang kertas kerana nilainya stabil di pasaran dunia.

Selain keistimewaan itu, tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas, ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia, tetapi turut diterima di seluruh dunia.

Pengurus Besar Kanan Habib, Mohd Zaruddin Mahmud berkata, emas adalah instrumen pelaburan yang sentiasa mengekalkan kuasa beliannya dan kalis inflasi.

Katanya, harga emas ketika ini masih tinggi dan bagi yang merancang untuk menjual barangan kemas lama mereka, sekarang adalah masa terbaik.

"Menurut GoldPrice.org, harga emas meningkat 20.41 peratus dalam tempoh setahun lalu dan 3.58 peratus dalam tempoh sebulan lalu dengan harga emas sentiasa berada di atas USD2,000.

"Harga emas semasa ialah USD$2,165.64 (setakat 1.19 tengah hari 24 Mac lalu) dan dijangka tidak menentu sehingga Disember depan," katanya.

Menurut Mohd Zarudin lagi, jika teringin memiliki barangan kemas rekaan baharu, disarankan untuk menukar beli dengan barangan kemas lama.

ANTARA rekaan barangan kemas dan berlian terkini daripada koleksi Rantaian Kasih Habib untuk Aidilfitri 2024.
ANTARA rekaan barangan kemas dan berlian terkini daripada koleksi Rantaian Kasih Habib untuk Aidilfitri 2024.

Ini kerana perbezaan harga yang perlu dibayar untuk membeli barangan kemas baharu tidak akan ketara, hanya perlu tambah sedikit duit.

"Di Habib misalnya, kami menerima apa sahaja keadaan barangan kemas lama sama ada kemek, putus mahupun pudar warna kerana apa yang penting adalah kandungan emasnya.

"Harga 'trade in' yang ditawarkan juga agak tinggi, satu kelebihan untuk pelanggan kami.

"Menukar barangan kemas lama kepada koleksi baharu juga dapat membantu menjana ekonomi dalam negeri kerana tiada pengaliran wang akan keluar dari negara," katanya

Kata Mohd Zarudin lagi, ada pelbagai rekaan baharu barangan kemas boleh dimiliki untuk digayakan pada Aidilfitri ini.

Menerusi koleksi Rantaian Kasih katanya, pelbagai rekaan terkini barangan kemas, berlian dan batuan permata yang diinspirasikan daripada seni rekaan warisan, Anyaman.

"Konsep koleksi itu menitikberatkan ketelitian dan sentuhan kehalusan pada rekaannya, sarat dengan elemen tradisi masyarakat Melayu yang disanjung tinggi serta ia dapat menjadi pelengkap gaya sempurna untuk seisi keluarga.

"Jadi, anda semua boleh bergaya dengan koleksi barangan kemas terkini tanpa perlu menipiskan poket masing-masing jika menjual barangan kemas lama, untuk membeli rekaan baharu," katanya.

Dalam pada itu, amalan membeli emas juga bukan pembaziran, malah salah satu aset selamat kerana dianggap sebagai penyimpan nilai.

Untuk itu, ibu bapa disarankan untuk menggalakkan anak masing-masing melabur dan menyimpan dengan emas.

Sebagai permulaan, Mohd Zarudin berkata, ibu bapa boleh menggantikan pemberian duit raya dengan Wafer Syiling Emas 999.9 yang hadir dalam pelbagai koleksi menarik.

"Apa yang menariknya mengenai wafer syiling emas ini ialah meskipun harga emas di pasaran meningkat, namun kami tetap menjualnya pada harga sama.

"Ini kerana kami bukan sebuah jenama yang memberi tumpuan kepada keuntungan semata-mata sebaliknya mahu mendidik orang ramai supaya belajar menyimpan dan melabur dengan emas.

WAFER syiling emas 999.9 boleh dijadikan sebagai pengganti duit raya untuk memupuk amalan menyimpan emas dalam kalangan muda.
WAFER syiling emas 999.9 boleh dijadikan sebagai pengganti duit raya untuk memupuk amalan menyimpan emas dalam kalangan muda.

"Selain itu, duit raya yang diperoleh anak juga boleh dikumpul untuk membeli barangan kemas kepada mereka kerana ia lebih menguntungkan daripada menyimpan wang semata-mata," katanya.

Semua sedia maklum bahawa persiapan menyambut Aidilfitri juga kebiasaannya memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk seisi keluarga.

Justeru, bagi yang mahu mendapatkan wang tunai boleh menggadaikan barangan kemas yang ada di Ar Rahnu Express.

Mohd Zarudin berkata, harga gadaian ketika ini masih tinggi dan orang ramai juga tidak perlu risau kerana kadar upah simpanannya hanya satu peratus dan berteraskan syariah Islam.

"Ia adalah pilihan yang lebih berbaloi jika dibandingkan dengan faedah pinjaman bank konvensional yang rata-ratanya mencecah lebih 12 peratus," katanya.

Sementara itu, emas juga sentiasa menjadi simbol kekayaan dan kemewahan bagi pemakainya.

Untuk memilih barang kemas emas, ada lebih banyak perkara yang perlu dipertimbangkan, bukan sekadar rekaan dan harga.

Majlis rasmi umpamanya, memerlukan perhiasan emas yang lebih terperinci, justeru memakai rantai leher yang dihiasi dengan berlian atau sepasang anting-anting berjuntai emas yang elegan serta-merta boleh meningkatkan keyakinan anda.

Untuk acara santai dan kasual pula, memadai dengan rekaan barangan kemas yang lebih ringkas serta selesa digayakan.

Namun, walau apa juga pilihan cita rasa, semuanya boleh didapati di Habib yang menawarkan pelbagai koleksi barangan kemas untuk seisi keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mac 2024 @ 7:01 AM