REKAAN ringkas dengan perincian manik membuatkan koleksi busana tradisi Firdaus Hakimi tampak eksklusif.
REKAAN ringkas dengan perincian manik membuatkan koleksi busana tradisi Firdaus Hakimi tampak eksklusif.
POTONGAN kebaya tampak lebih moden.
POTONGAN kebaya tampak lebih moden.
Nurul Husna Mahmud


BAJU kurung masih menjadi pilihan kebanyakan pereka busana tradisi tempatan bagi majlis keramaian, perayaan atau penampilan raja sehari.

Potongan baju kurung selalunya lebih longgar selain tampil dengan visual bersifat 'timeless' kerana sesuai digayakan dalam sebarang acara.

Tidak hairanlah potongan kurung antara rekaan wajib dalam seleksi busana dihasilkan pereka fesyen Mohd Hakimi Abdul Majid menerusi jenamanya sendiri, Firdaus Hakimi.

Kata Mohd Hakimi, rekaan kurung masih popular dan kekal relevan termasuklah untuk penampilan bagi penggayaan raya tahun 2023 apabila ramai masih memilih gaya itu.

"Dalam pemilihan penggayaan busana tradisi terutama untuk generasi sekarang, baik peringkat usia mana pun baju kurung kekal menjadi pilihan utama kerana potongan longgar serta terletak cantik pada sebarang bentuk tubuh.

"Secara tidak langsung, itu membuatkan baju kurung sangat selesa digayakan pada sebarang acara dan keadaan terutama hari raya.

"Perkara yang membezakan trend atau rekaan baju kurung dengan baju kurung lain adalah perincian dan kreativiti pereka fesyen apabila memberi sentuhan baru bercirikan kontemporari atau moden.

"Pada saya, baju kurung tidak boleh dikecualikan dalam rekaan baju yang dihasilkan untuk pengantin. Fokus perniagaan atau rekaan busana yang saya hasilkan sejak tiga tahun lalu adalah busana pengantin.

WARNA 'hot pink' dijangka popular berdasarkan trend fesyen antarabangsa.
WARNA 'hot pink' dijangka popular berdasarkan trend fesyen antarabangsa.

"Kini percubaan untuk koleksi sulung rekaan baju raya pula dan saya masih memilih baju kurung sebagai rekaan atau gaya yang wajib ditampilkan," katanya yang menghasilkan sembilan busana kali ini.

Pereka berusia 25 tahun itu memilih tampil dengan sentuhan tersendiri menerusi perincian manik sebagai 'penyeri' dalam rekaan kurung yang dirasakan ringkas dan polos.

"Kekuatan rekaan busana yang saya hasilkan untuk koleksi raya termasuklah baju kurung dengan perincian manik yang dijahit menggunakan tangan.

"Walaupun koleksi ini dikategorikan sebagai baju siap, ada sedikit keunikan yang mana terselit elemen tempahan khas seperti kemasan manik baju dijahit tangan dan pemilihan warna juga boleh mengikut cita rasa pelanggan.

 HIJAU zamrud  juga contoh penggunaan warna berani (bold).
HIJAU zamrud juga contoh penggunaan warna berani (bold).

"Bagi meningkatkan lagi keselesaan pemakai bagi koleksi ini, saya memilih menggunakan material sifon dari jenis 'Chiffon Gorgette.'

"Material ini sangat mesra pemakai kerana tidak mudah renyuk selain memberi efek alunan dan cantik terletak pada tubuh," katanya.

Demi menjaga kualiti dan eksklusif rekaan baju raya sulung itu juga kata Mohd Hakimi, dia hanya menawarkan 90 pasang dan menerusi tempahan.

"Walaupun koleksi baju ini siap dipakai, terdapat aspek perlu saya ambil kira iaitu tempoh untuk menyiapkan jahitan manik pada perincian baju.

BAJU Kurung masih relevan.
BAJU Kurung masih relevan.

"Memastikan kualiti kekemasan jahitan manik pada baju, saya hadkan pengeluaran hanya 10 pasang untuk setiap rekaan.

"Maklumlah setiap jahitan manik pada bahagian seperti tangan, bahagian bawah baju dan leher dengan motif flora memerlukan fokus dan komitmen tinggi untuk menyiapkannya," katanya.

Bagi pemilihan trend warna busana pula kata Mohd Hakimi, dia mengikut aliran pilihan warna penggiat fesyen utama antarabangsa.

"Sebenarnya dalam rekaan busana saya untuk tahun ini, saya banyak memilih warna berani (bold) kerana mengikut ramalan fesyen tahun ini dijangka skema warna terbabit popular.

POTONGAN baju kurung telah dimodenkan dengan perincian menarik.
POTONGAN baju kurung telah dimodenkan dengan perincian menarik.

"Malah pereka luar seperti House of Valentino yang menjadi 'trend setter' untuk rekaan tahun ini turut menampilkan 'Hot Pink' tema warna digunakan dalam rekaannya.

"Selain merujuk pilihan warna pereka luar, saya juga membuat penilaian sendiri berdasarkan kesukaan serta minat pelanggan," katanya.

Selain baju kurung, turut ditampilkan potongan busana tradisi lain seperti kebaya, kaftan, baju kurung kedah dan banyak lagi.

KAFTAN versi Mohd Hakimi.
KAFTAN versi Mohd Hakimi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 January 2023 @ 6:50 AM