Anzalna memeluk bayi disamping suaminya.
Anzalna memeluk bayi disamping suaminya.

Kuala Lumpur: Pelakon, Anzalna Nasir berkongsi berita gembira di Instagramnya semalam mengenai kelahiran cahaya mata keduanya di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Dalam hantarannya, Anzalna meluahkan rasa syukur dan berkongsi bahawa semalam sepatutnya hari terakhir dia membuat pemeriksaan kehamilannya, namun rezeki untuknya lagi datang lebih awal.

"Alhamdulillah, syukur. Jumaat yang penuh keberkatan! Cahaya mata kedua kami selamat dilahirkan.

"Sepatutnya menjadi hari terakhir pemeriksaan kehamilan Anzalna. Bagaimanapun, kerja Allah itu berjalan dengan penuh misteri," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Anzalna turut memuat naik gambar dia yang sedang memeluk erat bayinya di samping suami, Muhammad Hanif Zaki.

Di Instagram Hanif, dia turut memuat naik gambar serta kenyataan sama. Usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan rasmi daripada pasangan itu menerusi panggilan telefon belum mendapat sebarang maklum balas.

Terdahulu, Anzalna dan Hanif berkahwin pada 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Mohamad Eidrees, 2 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mei 2022 @ 10:43 AM