Mark Adam
Mark Adam
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: Hampir lima bulan mengendalikan segmen Geng Pagi Hot di stesen radio Hot FM, penyanyi dan pelakon Mark Adam mengucapkan selamat tinggal kepada pendengar dan rakan-rakan penyampai, hari ini. 

Mark berkata, sepanjang berkhidmat sebagai penyampai radio di stesen itu dia amat berterima kasih kepada rakan-rakan penyampai yang banyak memberikan tunjuk ajar.

"Selamat tinggal Hot FM. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pendengar serta rakan-rakan di Hot FM yang banyak berikan tunjuk ajar sehingga bahasa Melayu saya menjadi lebih lancar," katanya. 

Menurut Mark, dia sangat bertuah kerana diberi peluang untuk bekerja dan menimba ilmu di Hot FM. 

"Teruskan sokongan kepada Hot FM kerana ada benda-benda baik yang akan datang. Selama saya berada di sini, saya sangat bertuah dengan kerjaya yang diberikan tapi hidup harus diteruskan. 

"Tapi apa yang saya nak sampaikan cinta dan sayang saya kepada pendengar dan rakan-rakan di Hot FM," katanya.

Menerusi perkongsian video di Instagramnya, rakan penyampai Mark iaitu Fizie dilihat menitiskan air mata apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada sahabatnya itu. 

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Julai 2021 @ 12:37 PM