KJ (tengah) bersama Johan serta Fara Fauzana beramah mesra dengan pendengar, Rapiei Hassan (berkerusi roda). FOTO Faiz Anuar
KJ (tengah) bersama Johan serta Fara Fauzana beramah mesra dengan pendengar, Rapiei Hassan (berkerusi roda). FOTO Faiz Anuar
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Bekas Menteri Kesihatan yang kini bergelar penyampai radio Bekpes Hot di stesen radio Hot FM, Khairy Jamaluddin mengingatkan kaum lelaki supaya menjadi 'rakan kongsi' terbaik buat golongan wanita sempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut hari ini.

Khairy atau mesra disapa KJ berkata, setiap lelaki seharusnya memberikan sokongan penuh kepada usaha pengupayaan wanita.

"Selamat Hari Wanita tapi mesej saya adalah kepada kaum adam. Lelaki perlulah memainkan peranan untuk memastikan pengupayaan wanita itu dapat dilaksanakan.

"Kalau kita tidak dapat menjadi rakan kongsi yang bagus kepada golongan wanita, maka mereka juga akan tidak dapat peluang yang terbaik untuk diri mereka sendiri. Ini bukan hanya perjuangan wanita tapi perjuangan kita semua," katanya.

Terdahulu KJ ditemui pada sesi kunjungan ke rumah peminat dan pendengar setia Bekpes Hot di Taman Sri Andalas, Klang, Selangor pagi ini.

Selain KJ, program terbabit turut dihadiri oleh tiga penyampai Bekpes Hot iaitu Johan, Fara Fauzana dan AG serta Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2023 @ 2:19 PM